Gaduh sesama sendiri selepas umum PH kalah


Dah kalah gaduh pula. Bukan sahaja parti penipu, samseng-samseng semuanya.

Pergaduhan tercetus di bilik gerakan utama PH selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon BN Mohamad Hasan.



Situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Susulan itu, berlaku jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat.



Dalam beberapa minit, situasi kemudian bertukar menjadi pergelutan.

Wartawan Kini TV yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya dirampas oleh individu yang berada di situ.



Wartawan Kini TV Daniel Anthony yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya ditolak supaya insiden tersebut tidak dirakam oleh individu yang berada di situ.

Selain itu, wartawan lain turut diberi amaran supaya tidak merakamkan insiden tersebut.



Bagaimanapun, keadaan dileraikan selepas ahli-ahli parti meminta semua pihak bertenang.

Manakala, individu yang terlibat dalam pergaduhan itu diminta beredar daripada lokasi tersebut.



Streram yang turun daripada bilik gerakan utama lebih kurang 8.00 malam diiringi sorakan 'reformasi' oleh penyokong tempatan.

"Jangan putus asa Dr (Streram). Kita akan rampas balik kerusi ini pada PRU akan datang," kata mereka kepada Streram sebelum beliau menaiki kereta dan beredar dari situ.



Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun meminta maaf secara peribadi kepada wartawan Kini TV susulan insiden tersebut.

"Saya minta maaf," kata MB kepadanya selepas beliau menjelaskan insiden tersebut.



Ketika pergaduhan berlaku, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan.

Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan Malaysiakini dari jumlah undi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi, Mohamad sudah memperoleh jumlah undi yang diperlukan untuk memastikan kemenangan.



Pada jam 8.45 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengumumkan calon BN Mohamad Hasan menang secara rasmi dengan memperoleh 10,379 undi, mengalahkan calon PH Dr S Streram dengan 5,887 undi.

Sementara itu, calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yassin masing-masing menerima 83 dan 79 undi. - MK



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Gaduh sesama sendiri selepas umum PH kalah Gaduh sesama sendiri selepas umum PH kalah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...