FELDA: PH kantoi fitnah Najib lagi

Ketua Pengarah Felda Othman Omar

Ingat muda ni. Inilah muka yang fitnah DS Najib menggunakan Felda.


Ini adalah dari kertas putih FELDA kerajaan PH yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini yang membuktikan wujudnya "Put Option".

Tuduhan dimedia dan laporan polis ialah saya telah menipu FELDA untuk membeli syarikat Indonesia Eagle High Plantations dan menyebabkan kerugian berbilion.


Tetapi apa yang ditulis di dalam kertas putih FELDA ialah pulangan minima 6% setiap tahun dari pembelian ini tak cukup tinggi!

Bukan rugi.

FELDA beli dengan harga dalam US Dollar, dan meminjam dalam matawang Ringgit dari kerajaan Malaysia, mereka pula nak bandingkan dengan kadar pulangan bon Indonesia pada kadar 8% dalam Rupiah?


Agak tak masuk akal perbandingan ini.

Kalau nak banding pun, bandinglah dengan bon US Dollar yang faedahnya 2% pada tahun itu ataupun kadar faedah 3.85% dalam Ringgit.


Laporan itu juga berkata bahawa pulangan BERSIH (makna untung selepas ditolak kos pinjaman) hanya 0.9% pada akhir tahun 2017 bermakna FELDA untung dengan pembelian ini - bukan rugi berbilion seperti yang di dakwa dalam media.

Satu yang mereka tuduh ialah untung bersih terjamin pada 1.05% terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar 1.10% yang diperlukan.


Kalau FELDA tidak melaksanakan pembelian ini, untung bersih 1.05% pun tak dapat. Dapat 0% je.

PH nak main propaganda di media tetapi terkantoi dengan sendirinya dalam kertas putih yang dikeluarkan oleh mereka.


Dalam ertikata lain dengan "Put Option" ini, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.


Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.

(agaknya pada masa itu mereka akan puji saya atau tidak ataupun akan mengambil kredit seperti TRX yang sekarang dikatakan antara aset terbaik negara?)


Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Dengan "Put Option" ini, berapa harga setiap saham juga tidaklah penting kerana keuntungan kita sentiasa terjamin.


Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.

Perlu juga ingat bahawa peluang untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang kelapa sawit yang sudah ditanam dengan keluasan 4 kali ganda negara Singapura dengan harga RM2 bilion sahaja bukan senang untuk dicari. - Najib Razak




FELDA: PH kantoi fitnah Najib lagi FELDA: PH kantoi fitnah Najib lagi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...