Terbaru: ECRL tiada terowong, mungkin PH fobia – Najib


Lawak, ECRL tak lalu terowong maybe fobia dengan terowong. Hahaha..

Satu keistimewaan dan matlamat projek ECRL zaman BN ialah untuk memendekkan masa perjalanan dari Gombak di ibu kota ke Kota Bharu kepada masa kurang dari empat jam berbanding purata tujuh jam melalui jalan raya biasa.


Oleh itu, jajaran ECRL asal perlu merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Bentong ke Gombak.

Bahagian ini yang menelan kos yang tinggi kerana banyak jambatan dan terowong perlu dibina termasuk terowong terpanjang di Malaysia yang panjangnya 18km untuk menembusi banjaran Titiwangsa.


Kos untuk satu terowong ini sahaja hampir RM10 bilion dan adalah antara bahagian termahal dalam projek ECRL masa BN.

Tetapi ianya perlu bagi mencapai matlamat supaya warga Ibukota boleh menggunakan ECRL untuk terus ke pantai timur dengan masa tersingkat.


Sekarang, ECRL tidak akan sampai ke ibukota lagi kerana jajaran telah ditukar.

Stesen Bentong dan Gombak telah dihapuskan.


PH tidak lagi akan membina beberapa terowong dan jambatan termasuk terowong terpanjang yang saya sebut itu untuk mengurangkan kos dari RM55 bilion ke RM44 bilion.

Mungkin PH ada fobia bina terowong kot.


Sekarang, stesen ECRL terdekat ke Kuala Lumpur ada di Bangi dan Putrajaya.

Ini bermakna penduduk Kuala Lumpur perlu menghala ke selatan sebelum menaiki keretapi ECRL di Bangi atau Putrajaya untuk ke utara.


Oleh itu, masa perjalanan ECRL untuk penduduk dari ibukota ke pantai timur yang sebelumnya kurang dari 4 jam akan naik ke lebih 5 jam.

Matlamat untuk membenarkan mereka yang ingin duduk di Bentong atau Mentakab tetapi bekerja di Kuala Lumpur dengan menaiki ECRL setiap hari juga tidak akan tercapai lagi. - Najib Razak

Terbaru: ECRL tiada terowong, mungkin PH fobia – Najib Terbaru: ECRL tiada terowong, mungkin PH fobia – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...