Dakwa Najib tak mudah macam dakwa saya – Anwar


Anwar nak kata semasa dia dizalimi oleh Mahathir, dia tak dapat perbicaraan yang adil, tiada rule of law, hakim pun dipengaruhi.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan proses perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak semudah pendakwaan yang dihadapinya ketika pentadbiran BN dahulu.


Beliau berkata, ini kerana kerajaan PH berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan mahu memastikan sistem kehakiman bebas tanpa sebarang campur tangan.

"Hendak dakwa mantan perdana menteri bukan mudah, bukan macam dakwa saya dulu.


"Sebab kita janji rule of law, kita janji tak mahu pengaruh hakim, kita janji proses mesti adil," katanya ketika berucap pada majis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat di Kuala Langat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Dr A Xavier Jayakumar yang juga ketua PKR cabang Kuala Langat.


Najib yang juga bekas Presiden Umno kini berdepan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLAFTA) 2001.

Anggota Parlimen Pekan itu juga turut berdepan pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa ketika menjadi perdana menteri.


Untuk rekod Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, dihukum penjara kali pertama pada tahun 1999 kerana tuduhan rasuah dan liwat.

Beliau sekali lagi dihukum penjara kerana tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya pada 10 Feb 2015.


Bagaimanapun sejak awal Anwar menegaskan tuduhan terhadapnya merupakan konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau.

Semenjak itu Anwar telah berikrar akan menjatuhkan Mahathir dengan apa cara sekalipun.


Anwar dalam pada itu berjanji akan menunaikan segala janji PH yang telah kepada rakyat sebelum ini apabila menerajui negara.

Tambahnya, beliau tidak menyalahkan rakyat yang menuntut janji, kerana PH pada masa itu memberikan janji dengan harapan menggunung tinggi. – MK/AbuLeman

Dakwa Najib tak mudah macam dakwa saya – Anwar Dakwa Najib tak mudah macam dakwa saya – Anwar Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 29, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...