Dah biasa tipu, gelaran Harimau Asia pun PH tipu – Najib



Hari ini, seorang ahli ekonomi telah mempersoalkan penggunaan gelaran “Harimau Asia” bagi menggambarkan kedudukan ekonomi negara dengan berkata, Malaysia hanya layak digelar “harimau kecil” atau “naga kecil”.

Ahli ekonomi ini kata Malaysia TAK pernah diberi gelaran Harimau Asia pada masa dahulu walaupun kerajaan PH sering menipu rakyat dengan menggunakan gelaran ini.


Ahli ekonomi ini juga memberi amaran bahawa krisis ekonomi 1997 boleh berulang lagi di bawah kerajaan PH. Rujuk di sini.

Graf-graf yang saya kongsikan di sini ialah dari Bank Dunia dan jelas menunjukkan prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah baik dan bertambah baik bagi tahun-tahun kebelakangan ini sehingga tahun 2017, berbanding negara-negara jiran termasuk negara-negara yang digelar ekonomi harimau Asia.


Sebenarnya, Malaysia tidak pernah diberi gelaran sebagai harimau utama Asia pada masa PM ke-4. Gelaran ini diberikan kepada 4 negara sahaja, iaitu Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan yang pesat membangun pada 1990an.

Pada masa itu, Malaysia hanya digelar sebagai anak harimau (ataupun tiger cub) bersama Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.


Jika kita lihat graf berikut, pertumbuhan KDNK negara kita untuk tahun-tahun kebelakangan ini jauh lebih tinggi berbanding 4 harimau utama.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik itu.


Bermula dari 2012, pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi dari Singapura setiap tahun - iaitu untuk 7 tahun berturut-turut.

Pendek kata, ekonomi negara telah menjadi jauh lebih kuat di bawak kerajaan BN untuk 10 tahun dahulu ini - dan bukan telah tersingkir dari gelaran "Harimau Asia" (kerana kita tidak pernah pun diberi gelaran ini), seperti ditipu oleh PH.


Malah, pertumbuhan ekonomi negara kita di bawah BN untuk 10 tahun ini telah mengalahkan keempat-empat negara yang pernah digelarkan "Harimau Asia".

Disebalik semua propaganda PH, kebenarannya ialah kerajaan BN dahulu telah mewariskan kepada mereka sebuah ekonomi dalam keadaan yang baik dan bertambah baik sehingga PRU14.


Malangnya selepas PRU14, ekonomi kita semakin menjunam.

Unjuran ekonomi negara kita berulangkali diturunkan oleh Bank Dunia dan pakar-pakar ekonomi yang lain.


Itulah kebenarannya.

Saya amat kagum bahawa gelaran "Harimau Asia" pun boleh disalahgunakan oleh kerajaan PH untuk menipu Rakyat. - Najib Razak







Dah biasa tipu, gelaran Harimau Asia pun PH tipu – Najib Dah biasa tipu, gelaran Harimau Asia pun PH tipu – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...