CUKAI: Tiada peruntukan undang-undang ke atas derma asing



KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mempunyai peruntukan undang-undang terhadap cukai ke atas derma asing.

Pengerusi Jawatankuasa Amalan Percukaian, Institut Akauntan Malaysia, Dr. Veerinderjeet Singh menjelaskan, hanya pendapatan luar negara sahaja yang dikecualikan cukai.


Beliau ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan derma asing dikecualikan daripada cukai.

“Mengapa mereka kata derma asing dikecualikan cukai?


“Tiada undang-undang pun (mengenai cukai derma asing), kalau pendapatan luar negara, ya.

“Memang ianya dikecualikan cukai,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan Percukaian Malaysia 2019 di sini hari ini.


Ketika ditanya mengenai tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah menuntut RM1.5 bilion cukai daripada Najib di atas pendapatan sebanyak RM4 bilion termasuk RM2.6 bilion derma politik daripada luar negara, Veerinderjeet berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan oleh LHDN.

Ini menurutnya, definisi “derma” untuk dana politik itu sendiri mempunyai definisi yang kabur.


“LHDN perlu terangkan sama ada ia adalah pendapatan atau sesuatu yang berkaitan pendapatan.

“Anda guna perkataan derma, jika ia adalah pemberian ibu bapa kepada anak mereka, itu tidak mengapa.


“Atau jika anda ada duit, telah bayar cukai dan memberi derma kepada anak saya, itu tidak mengapa kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan semula sebagai perkhidmatan (tiada timbal-balas).

“Tetapi jika seseorang itu dikatakan mendapat derma, timbul persoalan mengapa dia mendapat wang tersebut.


“Dalam kes ini, jika anda tanya saya, persoalannya adalah mengapa (derma politik itu diberikan).

“Saya tidak tahu dan mungkin anda perlu tanya kepada parti tersebut terlebih dahulu,” katanya.


Jelas Veerinderjeet, derma politik bukan perkara asing di dunia dan kebanyakan negara tidak mengenakan cukai ke atas dana tersebut.

Di Amerika Syarikat, derma-derma politik diberikan oleh syarikat-syarikat besar supaya mereka dapat meneruskan aktiviti. - MalaysiaGazette

CUKAI: Tiada peruntukan undang-undang ke atas derma asing CUKAI: Tiada peruntukan undang-undang ke atas derma asing Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...