Cuba malukan Najib di mahkamah tapi perkara lain yang terdedah



SAYA HANYA HAMBA ALLAH

Saya tahu ramai berbicara mengenai rumah saya.

Saya tahu ada yang cuba memijak-mijak saya.

Tetapi saya dan keluarga hanya mampu bersabar.

Apalah daya saya? Mulut di badan orang.



Saya hanya hamba Allah.

Allah anugerahkan kepada saya keselesaan.

Allah anugerahkan kepada saya jawatan bergelar Perdana Menteri.

Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab besar.

Sering orang kata, apabila sudah jadi pemimpin, kehidupannya tidak lagi milik diri atau keluarganya tetapi milik rakyat.

Begitu juga ruang kediaman saya.



Sepanjang masanya bermula dari fajar ke senja, kediaman saya sering digunakan untuk perjumpaan dan pelbagai aktiviti kerja harian.

Dalam sehari boleh kata mencecah ratusan orang datang, jika saya tidak ada di pejabat atau di Seri Perdana.



Pihak polis yang mengawal keselamatan kediaman saya pun tahu dan mereka ada rekodnya.

Malahan pada satu-satu masa ketika itu, sehingga 30 anggota dan pegawai polis berada di rumah saya. Bayangkan keperluan mereka.



Ruang kediaman saya juga sering digunakan oleh anak-anak tahfiz, anak-anak yatim dan murid-murid sekolah agama.

Ada yang dari institusi berdekatan, ada masanya anak-anak ini datang dari sejauh negeri-negeri lain.



Saya dididik sejak kecil lagi oleh Ayahanda.

Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Islam juga mewajibkan umatnya menuntut ilmu agama.



Ini adalah asas utama kehidupan kami umat Islam dan meletakkan kita di landasan yang benar untuk mencapai kejayaan.

Saya membuka pintu kediaman dan ruang saya seluas-luasnya untuk mereka anak-anak kita yang ingin menambah ilmu agama dan menunaikan kewajipan solat.



Ini adalah antara tanggungjawab sebagai pemimpin Islam.

Kita tidak harus kedekut ilmu dan harta.

Sebaliknya gunakan anugerah Allah untuk membantu lebih ramai lagi.

Apakah salah saya sediakan kediaman saya untuk menampung keperluan sebegini dan kegunaan orang ramai?



Jika saudara-saudari berpendapat saya bersalah kerana kediaman saya disediakan dengan kelengkapan-kelengkapan ini untuk menampung ratusan orang sehari dan kegunaan anak-anak tahfiz di kediaman saya, saya redha, saya terima.

Saya bukanlah seorang yang sempurna.

Saya hanya seorang hamba Allah. - Najib Razak



KERAjaan PH cuba nak malukan Najib di mahkamah namun akhirnya perkara yang lain terdedah.

Rupanya Najib kerap mengadakan majlis keagamaan di kediamannya. Najib kerap menjemput pelajar tahfiz ke rumah. - AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
















Cuba malukan Najib di mahkamah tapi perkara lain yang terdedah Cuba malukan Najib di mahkamah tapi perkara lain yang terdedah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...