Bukan salah saya, salah PPD – Maszlee




Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melalui ruangan soal jawab mingguan telah memberi amaran kepada mana-mana Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak efisien menjankan tugas.

Menurut beliau, ratusan aduan yang beliau terima telah menyalahkan beliau dengan pelbagai kerosakan atau sebarang aduan yang diajukan.



Namun Maszlee menafikan setiap tuduhan tersebut dan mendakwa beliau tak sepatutnya dipersalahkan kerana itu adalah tanggungjawab PPD.

Dengan semua aduan yang dan tohmahan yang beliau terima di pelbagai medium termasuk media sosial, Maszlee menyimpulkan bahawa terdapat PPD yang tidak menjalankan tugas atau tidak efisien dalam melaksanakan tugas mereka.



Dengan itu, beliau memberi peringatan dan amaran semua PPD seandainya beliau menerima minumum lima aduan di bawah sesuatu PPD, mana-mana pegawai di PPD berkenaan akan dikenakan tindakan yang berat.

Amboi, senangnya menyalahkan orang lain ya? Menteri Pendidikan maksum ke? Tak buat silap? Salah PPD adalah salah Menteri Pendidikan. Siapa akan kenakan tindakan kepada Menteri pula? – AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Bukan salah saya, salah PPD – Maszlee Bukan salah saya, salah PPD – Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 29, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...