BN rampas PDM majoriti India PRK Rantau



Kemenangan bergaya Dato' Seri Mohamad Hasan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau memberi petunjuk bahawa rakyat sudah mula menyedari kesilapan mereka memilih Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.

Keputusan semalam juga melihatkan undi yang bertambah di pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan majoriti pengundi Barisan Nasiaonal (BN) di samping BN juga berjaya merampas PDM yang dikuasai oleh PH sebelum ini.


Antara PDM yang berjaya dirampas kembali adalah Pekan Sagga.

Pekan Sagga memiliki pengundi Melayu sebanyak 19.5 peratus, pengundi Cina 16.8 peratus dan 63.7 peratus selebihnya pengundi India, yang paling ramai.


PRK Rantau 2019 semalam, BN mendapat 56.57 undi di Pekan Sagga manakala PH 42.7 peratus.

Selain jentera tempatan yang sudah tidak syak lagi bekerja keras dalam kemenangan ini, dari pemerhatian, sedikit dari kredit itu juga boleh dikongsikan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheik Fadzir dan timbalannya Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin yang secara tidak langsung telah memainkan peranan penting dalam misi merampas PDM itu.



Kerjasama Umno-Pas juga antara faktor lain yang sudah pasti dapat memberi kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.

Nampaknya cubaan PH meletakkan calon dari bangsa India dan cubaan Menteri Sumber Manusia Kula Segaran memainkan sentimen rasis dan perkauman bukan sahaja tidak berjaya memenangi Rantau, sebaliknya PDM milik mereka pula dirampas BN. - MK/AbuLeman

BN rampas PDM majoriti India PRK Rantau BN rampas PDM majoriti India PRK Rantau Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...