Bersedia hadapi peralihan kuasa – Zuraida


Peralihan kuasa tu kepada Anwar ke Azmin? Ke dua-dua tak dapat?

SEPANG 29 April - Semua parti komponen dalam gabungan politik Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia menghadapi proses peralihan kuasa melibatkan jawatan Perdana Menteri pada masa akan datang.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, terdapat beberapa kejadian yang mana pemegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar datang dan pergi.


“Apa-apa sekali pun, kita tidak boleh kata peralihan kuasa itu berlaku dalam dua tahun kerana ada beberapa tempat yang mana Perdana Menteri dan Menteri Besar datang dan pergi. Semua orang dan negara perlu bersedia. Ia sepatutnya berjalan baik.

“Setakat ini, pertukaran kerajaan, menteri besar dan exco, keadaan berjalan dengan lancar. Tidak berlaku sebarang ‘malapetaka’ daripadanya,” katanya pemberita di sini hari ini.


Beliau ditanya tentang persediaan PKR menghadapi peralihan kuasa yang dijangka berlangsung dalam tempoh setahun akan datang.

Pada Februari lalu, Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam satu kenyataan turut menegaskan, parti itu berpegang teguh kepada persetujuan yang telah dicapai dan diumumkan pada 7 Januari 2018.


Persetujuan itu merangkumi Tun Dr. Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas tempoh dua tahun.

Dalam pada itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah, PH perlu bersedia dengan peralihan kuasa tersebut dengan semua menteri masing-masing perlu membuat kerja dengan baik.


“Sesiapa sahaja yang melakukan itu, lebih mudah untuk mereka (menghadapi proses peralihan kuasa),” katanya.

Ditanya berhubung polemik yang berlaku antara Dr. Mahathir dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim ketika ini, Zuraida berkata, perkara itu berada dalam ‘taraf berbeza’


Sehubungan itu, beliau menambah, semua pihak selain Perdana Menteri dan TMJ, tidak wajar melibatkan diri dalam polemik pertukaran pendapat berkenaan.

“Biarkan kedua-duanya menyelesaikan perkara itu,” katanya.


Baru-baru ini tular video TMJ dalam nada bergurau berkata lebih baik jika Perdana Menteri ditukar.

Baginda berkata demikian ketika disapa orang ramai yang meminta baginda menukar jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora ketika baginda dalam perjalanan keluar dari Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menaiki kereta.


Menjawab perkara tersebut, Dr. Mahathir semalam memberi cadangan kepada TMJ supaya membuat satu undian awam bagi menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Kata Dr. Mahathir, ini kerana jawatannya telah pun dipilih oleh rakyat dan tidak boleh ditukar sesuka hati. - UO

Bersedia hadapi peralihan kuasa – Zuraida Bersedia hadapi peralihan kuasa – Zuraida Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 29, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...