Bantah kerjasama UMNO-PAS sikap Yahudi



KUALA LUMPUR 1 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pihak yang membantah kerjasama di antara Pas dan UMNO bersikap seperti Yahudi.

Menurutnya, ini kerana perbuatan itu sama dengan sikap orang Yahudi yang menentang usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan umat Islam.


Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Abdul Hadi menegaskan kedua-dua parti kini bekerjasama bagi menyelamatkan negara.

“Lepas itu bila UMNO dan Pas hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain.


“Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu semasa zaman Nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight.


Beliau dilapor berkata demikian ketika program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam semalam. - UO

Bantah kerjasama UMNO-PAS sikap Yahudi Bantah kerjasama UMNO-PAS sikap Yahudi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...