Bank-bank Malaysia zalim, penipu – Dr. Muslim Yacob


Jangan terperangkap dengan penipuan bank-bank. Lawan..!!

KUALA LUMPUR – “Saya pakai ‘meriam besar’ lawan dengan kakitangan bank-bank ‘zalim’ ini.”



Itu tegas Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr. Muslim Yacob.

Ini kerana beliau mendapati kes-kes bank ‘menzalimi’ peminjam semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.



“Ramai kakitangan bank suka provokasi dan bangkrapkan peminjam sejak dahulu lagi dan sudah tiba masa kita ‘berperang’ untuk selesaikan masalah,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Beliau ditemui semasa sidang media bersama Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif di sini hari ini.



Turut hadir ialah 10 mangsa ‘penipuan’ bank yang mengadu masalah mereka yang tidak dapat diselesaikan termasuk selepas mengadu kepada agensi kerajaan dan Bank Negara Malaysia.

Dalam pada itu, Muslim menggesa sesiapa yang menjadi mangsa penipuan bank supaya mengenalpasti kes masing-masing dan melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan jenayah atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



“Sistem bank kita ini ikut British tapi saya yang lama belajar di sana pun tak pernah tengok cara zalim macam ini. Kita di sini bukan main zalim lagi aniayai peminjam.

“Dulu pegawai bank zaman 70-an, 80-an semua baik-baik anggap peminjam sebagai rakan tetapi berbeza sekarang,” ujarnya lagi.



Beliau juga kesal kerana apabila pihaknya menulis surat kepada sesetengah bank namun tetapi meminta peguam mereka membalasnya dan mengelak daripada tanggungjawab sosial bank dengan pelanggan.

“Saya ini peguam yang diiktiraf di luar negara dan mahkamah timbang tara. Bukan cakap besar tetapi mereka hantar peguam biasa balas surat saya,” katanya yang mengakui tidak tahan lagi dengan sikap kapitalis melampau institusi bank di negara ini.



Justeru, Muslim yang juga Presiden 4PM akan menganjurkan kelas mendidik pengguna bagaimana cara-cara berdepan dengan kemelut yang dihadapi dengan bank tidak lama lagi.

Menurutnya, sikap bank yang tidak bertolak ansur, suka membangkrapkan orang, menyita dan menjual harta peminjam walaupun kadar harga pasaran semasa merupakan satu kesalahan.



Selain itu, sikap sesetengah bank yang melantik pihak ketiga ataupun pengutip wang yang memaki hamun dan mengasari peminjam juga satu kesalahan.

“Mereka ini patutnya diambil tindakan jenayah dan salah kerana mengambil tindakan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah di bank masing-masing,” katanya lagi.



Sementara itu, Rosland pula menasihati peminjam yang bermasalah jangan panik apabila berdepan situasi dengan pihak bank walaupun mereka berniat menyelesaikan masalah dengan cara baik.

“Jangan panik dan jangan salahkan diri sendiri kerana ia menjadikan diri anda lebih teruk. Datang kepada kami (4PM) jika kes anda ada bukti yang kuat dan munasabah, kami akan tolong.



“Saya dahulu asalnya mangsa yang dibangkrapkan oleh bank dan kini bersama-sama kumpulan membantu mereka yang tertindas mengikut saluran undang-undang,” katanya.

Walaupun mendedahkan ada sesetengah pengurus bank di Lembah Klang tidak membenarkan 4PM berurusan namun sebagai NGO berdaftar mereka akan serik memperjuangkan hak rakyat.- MalaysiaGazette



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Bank-bank Malaysia zalim, penipu – Dr. Muslim Yacob Bank-bank Malaysia zalim, penipu – Dr. Muslim Yacob Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...