Azmin tidak kelihatan di Rantau, Anwar kata ada dalam jadual



PRK RANTAU – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada dalam jadual kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Presiden PKR itu, timbalannya itu masih aktif untuk berkempen membantu calon Pakatan Harapan (PH),  Dr.S. Streram.


“Semua datang (sambutan 20 tahun PKR)…dia (Azmin) pun datang malam itu…kempenlah itu..saya ingat dalam jadual (kempen) dia ada,” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan bersantai dengan sekumpulan Veteran Tentera bersara di Bandar Sendayan petang tadi

Beliau berkata demikian mengulas kenapa kelibat Menteri Hal Ekonomi itu tidak kelihatan dalam siri kempen PH sejurus selepas sambutan dua dekad merakyatkan Reformasi PKR di Dataran Rantau dua hari lalu.


Malah tambah Anwar, PH dan PKR Selangor juga turun berkempen dengan jentera secara penuh.

“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari juga menjelaskan kempen berjalan dengan baik.


“Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah turun berkempen sebelum ini dan saya juga membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semalam dan dia beri sokongan kuat dan dia minta saya sampaikan.

“Tapi sama ada dia perlu hadir atau tidak saya akan bincang dengan dia. Dia nak travel saya pun simpati tapi yang lain semua datang. DAP, Amanah, PKR, Tan Sri Rais (Yatim) ada datang,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Azmin tidak kelihatan di Rantau, Anwar kata ada dalam jadual Azmin tidak kelihatan di Rantau, Anwar kata ada dalam jadual Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...