Azmin dipulau diperasmian rumah Felda Palong



Tular beberapa keping gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato' Seri Azmin Ali merasmikan Rumah Generasi ke-2 Felda Palong 7 dan 8.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah majlis perasmian tersebut lengang kerana tidak dihadiri oleh penduduk di situ.


Menurut saksi, yang hadir di majlis tersebut hanyalah wartawan, polis pengiring dan beberapa orang urusetia yang mengikuti rombongan Azmin sahaja.

Nampaknya cubaan Azmin untuk mengambil kredit dari usaha Kerajaan Barisan Nasioanl sebelum ini tidak berjaya.


Bukan sahaja tidak berjaya, majlisnya juga dipulaukan oleh penduduk dan peneroka di sana.

Iya-lah, siapa tidak marah jika pelbagai janji dikencing begitu sahaja, bantuan dan subsidi ditarik, harga sawit pula jatuh gagal dikawal oleh KERAjaan Pakatan (PH).


Lebih memburukkan keadaan peneroka terpaksa membuat kerja lain hingga ada yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan diusia yang sudah tua.

Siapa sahaja akan marah jika sudah janji tetapi tidak ditunaikan. Sudahlah janji tidak ditunaikan, pendapatan sedia ada pula berkurang dengan mendadak. – pakdin/AbuLeman










Azmin dipulau diperasmian rumah Felda Palong Azmin dipulau diperasmian rumah Felda Palong Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...