TERKINI: Azis Jamman kini dalam keadaan kritikal



Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Mohd Azis Jamman dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam nahas kemalangan motosikal semalam.

Perkara ini dipetik dari Instagram Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Armand Azha yang turut memuat naik dua keping gambar Mohd Azis terlibat dalam kemalangan itu.


Sebelum itu Azis melancarkan program konvoi Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah anjuran AADK di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, sekitar jam 10 pagi ketika dalam perjalanan konvoi di kawasan Pekan Nabalu menuju ke Ranau berlaku kemalangan membabitkan Datuk Azis yang menunggang bersama-sama peserta konvoi lain.


Mohd Azis dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (QEH) untuk menerima rawatan lanjut.

Azis Jamman dari Parti Warisan Sabah (Warisan) merupakan Ahli Parlimen Sepanggar menang dengan majoriti 2,984 pada Pilihan Raya Umum ke-14 mengalahkan lawannya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mewakili Barisan Nasional (BN). - SH/AbuLeman




Saya dikhabarkan sahabat saya YB Datuk Azis Jaman Timbalan Menteri KDN Kini berada di zon kritikal hospital Kota Kinabakuu

Saya dikhabarkan, beliau terlibat dalam kemalangan serius semasa dalam perjalanan dari Tuaran ke Ranau untuk merasmikan tapak tamu ranau.


Saya doakan yang terbaek buat beliau, semoga Allah SWT permudahkan segalanya Insyallah year harap tiada apa-apa la yang buruk berlaku - Armand Azha




TERKINI: Azis Jamman kini dalam keadaan kritikal TERKINI: Azis Jamman kini dalam keadaan kritikal Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...