Armada buat laporan polis ke atas Aziz Bari



IPOH 18 April - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak hari ini membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat penyebaran satu rakaman audio yang tular dalam media sosial mengenai seorang individu dipercayai exco kerajaan negeri, mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Ketuanya, Azrul Hakimi berkata, pihaknya merasakan perbuatan individu itu adalah serius dan melampau sehingga mengancam kestabilan kerajaan negeri.



“Seharusnya exco berkenaan menghormati akan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yg telah melantik Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

“Kami dengan ini mendesak supaya pucuk pimpinan parti diwakili exco tersebut supaya mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana ini adalah satu sabotaj terhadap kerajaan Pakatan Harapan Perak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari hari ini mendakwa beliau tidak tahu, malah belum mendengar rakaman audio tersebut yang dikatakan umum mirip dengan suaranya.

Dalam pada itu, Azrul turut mendesak Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang sebelum ini mendakwa pernah bertemu dengan seorang exco kerajaan negeri berhubung kedudukan Menteri Besar dan perjalanan kerajaan negeri supaya tampil mendedahkan individu tersebut.



“Sekiranya benar pertemuan itu berlangsung, langkah itu jelas merupakan satu tindakan tikam belakang terhadap Menteri Besar, exco dan kerajaan negeri secara keseluruhannya,” katanya. - UO



ARTIKEL BERKAITAN:



Aziz Bari tak nafi rakaman itu suaranya



Rakaman Audio Aziz bari kutuk Peja, Mahathir
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Armada buat laporan polis ke atas Aziz Bari Armada buat laporan polis ke atas Aziz Bari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 18, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...