Akhirnya 'pakar' kewangan mengaku PH punca TH defisit RM10.9 bilion



Setelah sekian lama menyalahkan BN, akhirnya mereka terpaksa mengaku juga bahawa kenaikkan defisit TH ke RM10.9 bilion ini berlaku semasa PH pegang kerajaan.

Bukan disorok dalam akaun oleh BN seperti difitnah sebelum ini oleh PH.


Patutlah PH takut nak buat RCI walaupun diluar Dewan sering nak salahkan BN.

Paling lawak ialah mereka kata defisit ini mungkin salah Rakyat pulak! Rujuk di sini.


Tetapi apa yang mereka malu sebut ialah bahagian besar dari kerugian RM10.9 bilion ini dialami dalam suku ke-4 tahun 2018 - bukan pada suku ke-2 masa kerajaan ditukar di PRU14.

Yang paling sedih ialah propaganda PH pada suku ke-4 tahun lepas untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kepada kemusnahan kepada TH. Rujuk di sini.


Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH bahawa TH dalam bahaya.

Pada 11 Disember 2018, saya telah menyoal langkah PH berbuat demikian dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah kurang bijak dan tentu akan membahayakan TH.


Saya terbukti betul apabila media bisness melaporkan bahawa para pelabur telah mula menyebarkan satu senarai dengan saham-saham yang dimilik oleh TH supaya pelabur-pelabur senang untuk menjual.

Sila baca artikel ini: 14 Dec 2018: Investors exit stocks linked to beleaguered Tabung Haji


Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu.

Oleh itu, pelabur-pelabur pun jual saham-saham tersebut beramai-ramai dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH jatuh lagi sebelum TH ada peluang untuk jual.


Akibatnya, saham yang dimilik oleh TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018.

Ini berikutan dari langkah pada suku ke-2 di mana Guan Eng mengumumkan hutang Malaysia tiba-tiba menjadi RM1 trilion yang juga menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.


Sekali lagi, ini membuktikan bahawa kerajaan PH suka membuat benda yang menyusahkan Rakyat.

Bagaimanapun, satu lagi persoalan masih belum dijawab.


Kenapa defisit RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018 memerlukan bail-out dari kerajaan sebanyak RM17.8 bilion?

Lawak juga bahawa PH sekarang sedang claim kredit nak jadi hero untuk bail-out TH padahal defisit ini sebabkan dan dialami dalam masa PH sendiri. - Najib Razak






ARTIKEL BERKAITAN:

Akhirnya 'pakar' kewangan mengaku PH punca TH defisit RM10.9 bilion Akhirnya 'pakar' kewangan mengaku PH punca TH defisit RM10.9 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...