Akhirnya Najib mengaku beliau Orang Kaya



Saya ada baca komen yang bertanya tentang gelaran Orang Besar Berempat saya di negeri Pahang.

Sebelum ini, saya tidak pernah mengulas tentang perkara ini tetapi kali ini, biar saya jelaskan.


Penghormatan ini diberi sejak tahun 1722 dan diwarisi dari turun temurun.

Orang Kaya Indera Shahbandar adalah satu dari Orang Besar Berempat.

Saya adalah Orang Kaya Indera Shahbandar yang ke-11 yang saya warisi dari Allahyarham ayahanda yang merupakan Orang Kaya Indera Shahbandar yang ke-10.


Ayahanda pula mewarisinya dari susur galur salasilah keturunan yang berkait dengan Kesultanan Johor Riau.

Saya diberi tanggunjawab oleh Istana Pahang untuk menjaga daerah Pekan iaitu dari Sungai Bebar ke Kuala Lepar.


Pekan merupakan Bandar Diraja negeri Pahang dan juga adalah ibu negeri Pahang pada zaman dahulu.

Inilah salah satu sejarah keunikan Melayu yang masih kukuh dipertahankan sehingga kini dan ia satu amanah yang saya pikul dengan penuh ketaatan serta tanggungjawab.




Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan Datuk Seri Najib Razak

Selama ini sedarkah kita yang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan dari keturunan Dr Gigi yang kaya setelah menjawat Perdana Menteri ke-4. Sebaliknya Datuk Seri Najib dari keturunan orang kaya Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar. 

Siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah?


Tan Sri Noah merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 - 29 Februari 1964) dan Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 - 28 Julai 1970).

Menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.


Mengikut salasilah, Tan Sri Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar.

Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895). Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakil Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya.


Datuk beliau, Orang Kaya Junid, berasaI daripada zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Makmur (Bukit Mor), Muar, Johor.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada Julai 1922. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki.


Anak-anak mereka bernama Suhailah Mohamed Noah, Rahah Mohamed Noah, Datin Fakhriah dan Abu Rais (gelaran Atan). Tun Suhailah Mohamed Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) AYAH KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK. Manakala Datin Fakhriah Mohamed Noah pula adalah isteri kepada Dato' Abdullah Ahmad, bekas Yang di-Pertua, Majlis Bandaran Johor Bahru.


Dari salasilah ini membuktikan Datuk Seri Najib bukan orang sebarangan. Kekayaan dari warisan moyangnya mampu memberi kehidupan selesa tanpa menjadi Perdana Menteri.

Setakat rampasan barang perhiasan isterinya rasanya tak menghairankan pun. Tetapi kalau Datuk Seri Najib kejam merampas harta Mahathir ketika beliau menjadi PM ke-6 rasanya lebih 1000 kali ganda lebih besar nilainya, jika dicampur berapa banyak kereta sport mewah, kapal mewah, rumah penginapan serata dunia hanya dari asalnya seorang dr gigi sebelum menjadi Perdana Menteri ke-4?


Aku hairan apabila macai menuduh kaya kerana merompak hasil negara tetapi dalam masa yang sama mereka mereka buat bodoh apabila Doktor Gigi yang menjadi PM selama 22 tahun tiba-tiba melahirkan tiga orang anak billionaire sekelip mata. Mengapa macai-macai ini tidak menuduh Mahathir merompak? Fikir-firkir-fikirkanlah...

#KamiGengNajibRazak (Copy&Paste)

Akhirnya Najib mengaku beliau Orang Kaya Akhirnya Najib mengaku beliau Orang Kaya Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...