Akan tiba masa Mahathir terima balasan, kata Aziz Bari




Adalah salah bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menegaskan bahawa beliau bertindak atas nasihat polis berkenaan tangkapan besar-besaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata pakar undang-undang perlembagaan Abdul Aziz Bari.

Menurut ahli DAP itu, lebih baik bagi bekas perdana menteri, dari segi sudut moral, untuk mengakui bahawa beliau telah terkhilaf dalam penilaiannya.


Aziz berkata, bahawa dalam sistem parlimen seperti Malaysia, kerajaan semasa yang mempunyai keputusan muktamad dan harus memikul tanggungjawab.

"Undang-undang tidak boleh dibaca secara literal, jika tidak diktator akan masuk melalui pintu belakang. Sama seperti tanggapan Yang di-Pertuan Agong melantik kerajaan mengikut kebijaksanaan. Tafsiran literal mengenai tanggapan ini yang menimbulkan masalah selama ini.


"Penahanan ISA pada asasnya adalah penahanan eksekutif yang wujud di negara-negara seperti Malaysia. Ia adalah legasi pemerintahan penjajah yang bertentangan dengan demokrasi.

"Sama seperti pendakwaan di mana proses itu bermula dengan siasatan polis. Kes yang disebutkan di atas memerlukan lampu hijau atau kelulusan politik. Sama seperti pengampunan diraja, Seri Paduka tidak bertindak sendiri, walaupun baginda mempunyai kata putus," katanya dalam satu kenyataan.


Aziz berkata jika benar polis membuat keputusan itu, ini bermakna Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang "bodoh" dan pasukan polis yang menguasai segala-galanya.

"Kita tahu Mahathir sedang bermain politik tetapi dalam proses itu, beliau membodohkan diri sendiri," katanya.


Aziz mencadangkan jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan, maka satu mesti ditubuhkan berhubung episod lalu yang membabitkan pengerusinya.

Dalam pada itu, beliau mengesa pihak polis untuk menjelaskan perkara berkenaan. - MK



Diterbitkan pada 23 Nov 2017
Akan tiba masa Mahathir terima balasan, kata Aziz Bari Akan tiba masa Mahathir terima balasan, kata Aziz Bari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...