AIR NAIK: Najib tanya penyokong PH dah keluar gua?



Oooo beberapa sen sahaja?

Dulu bila PH nak undi, semua benda dia janji turun.

Ada yang kata kalau undi BN, banyak lagi ‘barang naik’.


Tengoklah sekarang. Apa yang sudah berlaku?

Mana penyokong PH? Keluarlah cepat dari gua sekarang oi! - Najib Razak




SEREMBAN: Kerajaan menjangkakan kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini, susulan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara pada kadar yang tidak membebankan pengguna.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata kadar kenaikan tarif air yang dicadangkan itu masih berada pada paras rendah dan mampu ditanggung pengguna.


Malah, katanya, kadar tarif baharu yang akan dibayar pengguna itu akan dapat membantu syarikat bekalan air menanggung sebahagian daripada kos operasi dan perbelanjaan modal (capex), sekali gus membolehkan perkhidmatan bekalan air terawat terjamin.

“Kita akan menaikkan tarif dalam berapa sen saja untuk rakyat. Kalau kita bandingkan kadar yang dibayar penduduk negara jiran, sudah 20 tahun tarif tidak dinaikkan.


“Kita perlu bayar untuk utiliti. Ini tanggungjawab rakyat memastikan ia (perkhidmatan bekalan air) sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4 di Rantau, hari ini.


Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) membabitkan peruntukan sebanyak RM70 juta bertujuan mengurangkan masalah banjir sekitar Rantau dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021.

Januari lalu, Xavier berkata kadar tarif air mungkin dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air negara.


Kenaikan tarif itu perlu dilaksanakan bagi menjamin kepentingan pengguna mendapatkan air berkualiti serta menjamin kelangsungan industri berkenaan.

Mengulas lanjut, Xavier berkata, beliau berharap perbincangan mengenai tarif air ini bersama kerajaan negeri akan menemui kata putus menjelang akhir tahun ini.


Katanya, isu kenaikan tarif air ini memerlukan persetujuan bersama di antara Pusat dan kerajaan negeri kerana ia bukan saja menyentuh aspek pengguna, malah kemampuan syarikat air membekalkan air berkualiti kepada pengguna. - BH

ARTIKEL BERKAITAN : Percayalah, kenaikan tarif air tidak membebankan rakyat – Menteri Air




AIR NAIK: Najib tanya penyokong PH dah keluar gua? AIR NAIK: Najib tanya penyokong PH dah keluar gua? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...