PANAS!!! Ahmad Maslan balun Mahathir isu Felda



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa Ahmad Maslan (BN-Pontian) tidak pernah mengemukakan cadangannya untuk memperbaiki Felda semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Mahathir berkata demikian ketika hadir semasa perbahasan Kertas Putih Felda.



Dr Mahathir kemudian secara mengejut bangun mencelah perbahasan Ahmad.

"Hari ini dalam sejarah," katanya sambil memberi laluan meskipun berkata beliau  membawa 10 cadangan untuk memperbaiki Felda.



“Sebagai wakil rakyat Langkawi, saya kagum dengan cerita-cerita dongeng disampaikan (di Dewan Rakyat),” kata Dr Mahathir dengan nada sinis.

“Yang saya hairan kenapa dia tak beritau kepada ‘Bossku’ lamanya (bekas perdana menteri, Najib Razak), supaya hari ini kita tidak ada masalah dan tidak ada Kertas Putih (Felda), semua bersih belaka.



“Tapi penyanggak-penyanggak ini telah meninggalkan bekas-bekas mereka dan kita perlu bersihkan. Begitu banyak untung FGV ini, berbilion-bilion, tolong tunjuk di mana duit itu berada,” kata Mahathir yang mungkin tidak dengar perbahasan Ahmad Maslan diawalnya mungkin kerana faktor usia telinga kurang berfungi.

Ahmad, bagaimanapun berkata beliau tidak membawa cerita dongeng dan FGV hanya mengalami kerugian selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.



“Saya dah sebut tadi, dari 2012 hingga 2017 FGV untung, boleh semak, saya bukan cerita donggeng, dia (FGV) rugi tahun 2018.

“Begitu juga Khazanah, Langkawi, 10 tahun sudah semua untung, tiba 2018 rugi,” katanya.



Ahmad Maslan mempersoalkan kejatuhan Felda selepas PH mengambil alih yang kini perlu diselamatkan.

Sebelum ini ketika di bawah pentadbiran BN, Felda berada di mercu kejayaan, mencatat keuntungan setiap tahun, peneroka diberi pelbagai bonus dan insentif.



Kini rata-rata peneroka merugut dengan harga sawit yang jatuh, elaun, bonus, bantuan dan insentif semuanya dihapuskan serta-merta.

Sehingga ada warga emas terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan diusia 60 tahun untuk menyara keluarga. Mahathir pula hanya mencelah dan menggunakan masa itu untuk memberi ucapan politik tanpa fakta sedikit pun. - MK/Abuleman



PM ke-7 mencelah Ahmad Maslan. Siapa dongeng?

Kalau berucap di dalam Dewan Rakyat, mesti berdasarkan fakta.

Dewan Rakyat bukan pentas ceramah.



FGV tak pernah rugi sejak disenaraikan pada tahun 2012.

Walaupun harga sawit jatuh dan fenomena El-Nino melanda selepas disenaraikan, FGV tetap tak rugi.

Pada tahun 2017, FGV mula pulih apabila keuntunggan hampir berganda kepada RM400 juta.



Tetapi selepas kerajaan PH mengambil alih, FGV rugi RM1 bilion untuk tahun 2018 untuk kali pertama sejak disenaraikan 7 tahun dahulu.

Tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah perolehan atau penjualan FGV telah jatuh RM3.5 bilion (21%) pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.



Kejatuhan ini serius kerana FGV membeli buah tandan segar dan minyak sawit dari FELDA dan peneroka untuk dipasarkan kepada dunia.

FGV untung atau rugi itu hal berlainan.

Jika penjualan sawit FGV jatuh maka pembelian FGV dari FELDA dan peneroka turut jatuh.



Akhirnya, peneroka-peneroka FELDA yang kini jauh ‘airmata’ pemimpin PH, akan merasa terkesan.

Kejatuhan penjualan sebanyak 21% atau RM3.5 bilion penjualan bukan satu isu remeh dan merupakan antara faktor utama FGV rugi RM1 bilion untuk tahun 2018.



Tidak pernah berlakunya penjualan FGV jatuh begitu banyak dalam mana-mana tahun sebelum ini.

Penjualan jatuh RM3.5 bilion bersamaan dengan dana RM3.5 bilion telah lesap dari poket FELDA dan peneroka. - Najib Razak



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

PANAS!!! Ahmad Maslan balun Mahathir isu Felda PANAS!!! Ahmad Maslan balun Mahathir isu Felda Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...