Ahli Parlimen, Adun Johor keluar PPBM dalam masa terdekat




Beberapa orang Ahli Parlimen dan Adun Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Johor yang tidak dinamakan dikhabarkan akan keluar parti dalam masa terdekat.

Maklumat itu didedahkan oleh halaman Facebook OPS Johor sebentar tadi.


Ahli Parlimen dan Adun itu dikatakan akan keluar PPBM untuk menjadi wakil bebas.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat dari mana-mana Ahli Parlimen atau Adun PPBM mahu pun dari pihak parti itu sendiri.


Baru-baru ini desas desus menyatakan terdapat perselisihan dalam di dalam parti itu berhubung perlantikan Exco Johor yang tidak dipersetujui oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikutan itu Mahathir dikatakan mahu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat. – AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN : TERKINI: PPBM Kelantan bubar, ahli keluar parti isi borang PAS


Ahli Parlimen, Adun Johor keluar PPBM dalam masa terdekat Ahli Parlimen, Adun Johor keluar PPBM dalam masa terdekat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...