BERLIAN PINK: Ada yang minta maaf, saya maafkan – Rosmah


Berjiwa besar. Kalau aku dah doa bagi masuk neraka jahanam je.

Rosmah Mansor yang memanjatkan kesyukurannya berhubung pengesahan bahawa beliau tidak terlibat dalam pembelian berlian merah jambu dan menyifatkan rakyat lebih suka percaya dengan fitnah berbanding kebenaran.


"Orang ramai pilih untuk mendengar kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya dan suami saya (Najib Razak).

"Jadi kita hanya perlu laluinya dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap didengar," katanya kepada pemberita di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai pengesahan daripada timbalan menteri kewangan bahawa tiada pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.

Rosmah berkata sebagai isteri seorang pemimpin negara, beliau turut perlu menghadapi dakwaan penipuan tersebut bersama suaminya.


"Ada orang yang datang minta maaf, saya dah maafkan.

“Tapi apa yang mustahak, minta maaf pada rakyat," katanya tanpa merujukkan mana-mana secara khusunya.

"Oleh kerana mereka (rakyat) percayakan fitnah-fitnah yang disebarkan kepada saya, ini baru salah satu saja.. saya redha.


"Saya faham suami saya merupakan seorang pemimpin negara, jadi kalau apa yang dia mengalami, saya pun terpaksa mengalami kerana saya isteri dia.

"Jadi saya sabar demi untuk kesejahteraan rakyat, demi untuk kesejahteraan negara, saya sabar akan hadapi apa juga dugaan yang Allah bagi pada saya," katanya.


Pada 8 April, Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barangan kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dia juga mengisytiharkan barangan berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini. - MK




Timbalan Menteri Nafi Rosmah Beli Pink Diamond

KUALA LUMPUR: Seorang ejen jualan membawa masuk berlian merah jambu, bersama barang kemas lain, untuk “isteri seorang VVIP dan mengikrarkan kepada kastam, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Begitu juga, Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata, ejen tersebut mengikrarkan barangan itu apabila membawanya keluar negara.


“Dibawa masuk oleh ejen, ejen ikrar bawa masuk, kemudian ada pengikraran benda sama dibawa keluar.

“Tak berlaku pembelian setelah dibawa oleh ejen,” kata Amiruddin ketika menggulung rang undang-undang Kastam (Pindaan) 2019 di peringkat dasar.


Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) bertanyakan borang kastam diisi dan duti eksais dibayar berkaitan lebih 40 barang kemas melibatkan “isteri seorang VVIP”, yang juga seorang ahli Parlimen.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng tahun lepas berkata wanita itu tidak membayar cukai untuk barang kemas yang dihantar kepadanya.


Beliau berkata barangan itu dibawa masuk seorang ejen eksport dan diberikan kepadanya.

Amiruddin menjelaskan, secara umumnya, duti eksais tidak dikenakan apabila barang kemas dibawa masuk.


Beliau berkata tiada keperluan untuk mengikrarkan dalam borang kastam jika dibawa sendiri oleh penumpang, sama ada dalam bagasi atau dipakai.

“Tak perlu, kecuali diimport melalui kargo, perlu dibuat pengikraran,” katanya. - FMT

BERLIAN PINK: Ada yang minta maaf, saya maafkan – Rosmah BERLIAN PINK: Ada yang minta maaf, saya maafkan – Rosmah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...