Abdul Hadi dimasukkan ke IJN



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak yang memaklumkan Abdul Hadi dimasukkan ke IJN semalam.



Beliau berkata, doktor di IJN mengarahkan anggota Parlimen Marang itu supaya berehat.

"Betul (Abdul Hadi masuk IJN), semalam," katanya kepada Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp pagi tadi.



"Doktor nasihat untuk tuan guru (Abdul Hadi) berehat," tambah beliau.

Pada 16 Mei 2017, Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung di IJN.



Beliau dilaporkan terharu dengan khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh pasukan perubatan di IJN sepanjang menjalani rawatan di sana.

Menurutnya, khidmat profesional yang ditawarkan IJN membolehkan institusi perubatan itu disenaraikan sehingga ke peringkat antarabangsa. - MK

Abdul Hadi dimasukkan ke IJN Abdul Hadi dimasukkan ke IJN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...