69 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR



Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan membuat keputusan penting bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) DUN berkenaan yang berlangsung hari ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.


Seramai 20,804 pengundi layak mengundi hari ini bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

DUN Rantau terdiri daripada 55 peratus pengundi Melayu, 26 peratus India, dan 18 peratus Cina.


PRK itu diadakan selepas mahkamah membatalkan kemenangan Mohamad Hasan pada pilihan raya umum lalu. 

Mohamad menyandang kerusi berkenaan sejak 2004. Setakat jam 3 petang seramai 69 peratus penduduk telah melakukan kewajipan keluar mengundi. - MK/AbuLeman

69 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR 69 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...