10,000 kuota haji tambahan untuk Indonesia, Malaysia kekal



JAKARTA – Arab Saudi memberi kuota haji tambahan sebanyak 10,000 jemaah kepada Indonesia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, berikutan penambahan itu kini kuota haji Indonesia berjumlah 231,000 jemaah.


“Dua hari berkunjung ke Arab Saudi, Ahad-Senin lalu, saya pulang membawa kabar baik, tambahan kuota untuk jamaah haji Indonesia sebanyak 10.000 orang,” katanya menerusi akaun Twitter.

Beliau yang dikenali dengan jolokan Jokowi berharap penambahan kuota itu dimanfaatkan sebaik-baiknya.


Dalam lawatannya ke Arab Saudi sebelum menunaikan umrah, Jokowi menemui Raja Salman bin Abdulaziz di Riyadh pada Ahad lalu.

Sementara itu kuota haji jemaah Malaysia untuk musim haji tahun ini masih kekal sama sebanyak 30,200 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.



Tambah beliau, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji itu ditambah berikutan jumlah penduduk Malaysia yang kini meningkat kepada 31 juta, namun sehingga kini masih tidak ada perkembangan dari permohonan tersebut.

Hubungan Malaysia dan Arab saudi di awal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dilihat tegang apabila KERAjaan mengambil keputusan untuk menutup King Salman Centre for International Peace (KSCIP) dan menarik balik tentera yang ditempatkan di Riyadh.



Tahun 2017 mencatatkan jemaah haji tertinggi yang pernah dihantar oleh Malaysia iaitu seramai 42,200 di mana pada tahun itu sahaja sebanyak 12,000 kuota tambahan diberikan oleh Arab saudi.

Bagaimanapun tahun berikutnya setelah PH mengambil alih pentadbiran negara tiada kuota tambahan diperolehi dan malangnya keadaan yang sama berlaku pada tahun ini. – MalaysiaGazette/AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN:

10,000 kuota haji tambahan untuk Indonesia, Malaysia kekal 10,000 kuota haji tambahan untuk Indonesia, Malaysia kekal Reviewed by Abu Leman Abu Seman on April 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...