YB gangster DAP nak pukul penarik beca



Satu video rakaman seorang ADUN Pengkalan Batu Melaka (DAP), Norhizam Hassan Baktee yang hendak memukul seorang penarik beca tular di media sosial.

Video rakaman ini rentetan daripada isu penarik beca yang dihalau oleh Ketua Menteri Melaka dan Exco Pelancongan sebelum ini.



ADUN yang terkenal dengan tagline "Aku YB ke kau YB" itu pada mulanya sedang berbincang tentang kumpulan beca yang dikatakan menganggu program yang mereka adakan.

Dalam video yang tidak berapa jelas suaranya seolah-olah terdengar Norhizam menyatakan kumpulan penarik beca yang dikatakan menganggu itu tidak bersekolah.



"Ok YB, jadi orang beca pun tak sekolah macam yang pakcik kat kampung tu?" soal penarik beca itu.

Menyedari kesilapannya itu dirakam oleh seseorang, Norhizam menjadi berang cuba merampas telefon dan cuba memukul penarik beca itu.



Bagaimanapun tindakannya itu tersasar dan sejurus selepas itu beliau ditahan oleh orang ramai yang berada disitu dari memukul penarik beca itu.

"Aaa ini jangan, ini hak saya. Awak penjawat awam diberikan gaji oleh kerajaan, oleh rakyat.." kata penarik beca itu.



"Ini awak rakam pasal apa? Awal tau saya sapa..?" soal Norhizam kepada penarik beca.

"Saya ada hak untuk cari makan dekat sini," kata penarik beca.



"Awak tahu saya siapa?" soal Norhizam sekali lagi.

"Dulu dah buat ni buat lagi sekali. Kita orang orang beca pun tak sekolah jugak ke?" tanya penarik beca kepada Norhizam.



Norhizam dibawa pergi oleh pegawainya bagi mengelakkan tindakan samsengnay dirakam oleh penarik beca itu.

"Tengok YB gangster buat perangai lagi. Cakap orang beca pula tak bersekolah," rungut penarik beca itu merakam kelibat Norhizam yang berlalu pergi dengan gaya jalan samsengnya.



Netizen menyatakan rasa hairan bagaimana orang Melaka boleh mengundi pemimpin seperti itu.

Sudahlah pelajarannya tidak tinggi, akhlak dan adabnya juga ke laut untuk menjadi seorang pemimpin. - AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

YB gangster DAP nak pukul penarik beca YB gangster DAP nak pukul penarik beca Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...