“Yang lompat parti tu katak, monyet, lotong” – Bung Moktar



AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin melabelkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'katak, monyet dan lotong'.

Beliau menggesa kerajaan meluluskan akta berkaitan anti lompat parti, bagi menangani amalan itu.



"Amalan ini hanya berlaku di Malaysia. Ini adalah senario biasa, terutama selepas pilihan raya umum.

"Saya fikir Parlimen mesti mempunyai undang-undang untuk menanganinya," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang diPertuan Agong bagi pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen keempat belas di Dewan Rakyat pada Rabu.



Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu mendakwa mereka yang melompat parti mempunyai agenda peribadi.

"Mereka yang lompat parti tu macam katak, monyet dan lotong (gibbon)," katanya.



Bung berkata, mereka yang keluar parti dengan cara sedemikian juga tidak mempunyai pegangan.

"Orang tua saya pernah berkata, kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan gadai maruah," tambahnya.



Beliau turut mengatakan bahawa politik tanpa prinsip akan memusnahkan negara.

Sembilan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan lima ahli Parlimen Umno meninggalkan Umno, dengan mengatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.



Empat ahli Parlimen Umno Sabah turut menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), baru-baru ini. - MS



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

“Yang lompat parti tu katak, monyet, lotong” – Bung Moktar “Yang lompat parti tu katak, monyet, lotong” – Bung Moktar Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...