Terowong Guan Eng: Wee Ka Siong sahut cabaran Jelutong



14 Mac – Petang tadi, Ahli Parlimen Jelutong telah mencabar saya supaya mengulangi apa yang saya bahaskan tentang skandal Terowong Pulau Pinang di Dewan Rakyat di luar Parlimen.

Dia ugut mahu saman saya jika saya ulang perkara tersebut.



Baik, saya sahut cabaran YB Jelutong.

Saya lampirkan di sini.

Sebenarnya, saya telah menulis tentang isu ini dan memuat-naik di FB saya minggu lepas. Rujuk artikel di bawah.





7 Mac – Menurut kenyataan SPRM bertarikh 4 Mac 2019, kertas siasatan pertama ke atas skandal Terowong Pulau Pinang telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya dari Pejabat Pendakwa Raya (AGC). Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM.



Maknanya, SPRM dan AGC masih belum menutup sebarang siasatan atau kes ke atas skandal ini.

Semua kes masih lagi dalam siasatan atau menunggu keputusan AGC bagi tujuan pendakwaan atau sebaliknya.



Bagaimanapun, persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa keputusan untuk mendakwa atau menutup kes tersebut masih belum dibuat walaupun siasatan telah bermula lebih dari satu tahun?

Apakah faktor penyebab kepada kelewatan AGC untuk membuat keputusan?



Mengapa juga sehingga kini, pihak SPRM atau pihak polis masih enggan untuk mengesahkan sama ada dokumen yang bocor di dalam laman blog RPK itu sahih atau sebaliknya walaupun laporan polis telah dibuat oleh SPRM minggu lepas?

Rakyat berhak untuk mengetahui sama ada dokumen-dokumen yang dikatakan telah bocor di dalam laman blog RPK itu adalah sahih atau tidak kerana skandal ini melibatkan wang rakyat yang digunakan untuk projek mega bernilai puluhan bilion ringgit. – Wee Ka Siong



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
















Terowong Guan Eng: Wee Ka Siong sahut cabaran Jelutong Terowong Guan Eng: Wee Ka Siong sahut cabaran Jelutong Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...