Warganet yang kecam kereta terbang sila naik kereta buluh – Menteri



KUALA LUMPUR 28 Mac - Warganet atau mana-mana pihak yang mengecam reka bentuk model skala kecil kereta terbang yang dipamerkan di Langkawi, Kedah semalam boleh memilih untuk selesa berada di belakang dan menaiki kereta buluh.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, kecaman warganet terhadap model yang dikenali sebagai Vector itu hanyalah perkara biasa kerana fokus utama kerajaan adalah pembangunan modal insan.


“Mereka boleh pilih sama ada nak terus di belakang menafikan perkara itu. Mereka boleh naik kereta buat daripada buluh.

"Itu biasa. Itu sebab kita kena lebih fokus kepada pembangunan modal insan dan lebih memberikan pembelajaran ilmu kepada isu ini, kita tidak mahu masyarakat tertinggal ke belakang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.


Semalam, model skala kecil kereta terbang, Vector yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd. menjadi tumpuan pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19).

Walau bagaimanapun, reka bentuk Vector itu mendapat kecaman pelbagai pihak di laman sosial termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. - UO







ARTIKEL BERKAITAN:

Warganet yang kecam kereta terbang sila naik kereta buluh – Menteri Warganet yang kecam kereta terbang sila naik kereta buluh – Menteri Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...