Umno tak pernah tinggalkan kawan dalam susah, senang, kalah atau menang – Ahmad Maslan


Contoh pemimpin yang berjiwa besar..

Cadangan pembubaran Barisan Nasional (BN) oleh MCA dan MIC mewujudkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin UMNO.

Terbaharu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula menyuarakan pendapatnya.


Atas semangat persaudaraan, Ahmad berharap kerjasama MCA, MIC dan UMNO akan terus utuh walaupun selepas mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ahmad berkata, MCA dan MIC sudah sekian lama menjadi rakan UMNO dalam BN, maka seharusnya ketiga-tiga parti itu terus bekerjasama seperti sebelumnya.


“Walaupun tinggal dua kerusi Parlimen selepas PRU-14, namun MCA dan MIC sudah jadi rakan UMNO dalam BN untuk sekian lama.

“Kami tidak tinggalkan kawan dan harap kawan tidak tinggalkan kami. Kita berjuang bersama dalam susah dan senang, dalam kalah dan menang. Kita percaya kepada konsep 1Malaysia,” katanya melalui akaun Twitter miliknya di sini hari ini.


MCA dan MIC hari ini mencadangkan supaya BN dibubarkan supaya kedua-dua parti itu boleh meneroka peluang pakatan politik baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama, kedua-dua parti menyatakan kekecewaannya dengan perkembangan semasa yang menyaksikan asas kesefahaman dalam BN tidak lagi dihormati. – UO

Umno tak pernah tinggalkan kawan dalam susah, senang, kalah atau menang – Ahmad Maslan Umno tak pernah tinggalkan kawan dalam susah, senang, kalah atau menang – Ahmad Maslan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...