Umno-Pas isytihar perang terhadap bukan Melayu – Guan Eng



KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa UMNO dan Pas sedang 'mengisytiharkan perang' terhadap masyarakat bukan Melayu dianggap sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat Setiausaha Agung DAP tersebut.


“Belum pernah dalam sejarah Malaysia, seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama UMNO dan Pas sebagai 'pengisytiharan perang' antara kaum. Sokong atau tidak sokong kerjasama seumpama ini, itu adalah hak dan pilihan masing-masing.

“Sekiranya kenyataan ini keluar daripada mulut rakyat biasa, pasti mereka ditangkap oleh polis kerana menghasut tetapi sebagai seorang menteri Kabinet, sudah tentu Guan Eng terlepas daripadanya,” katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook miliknya di sini hari ini.


Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu 'pengisytiharan perang' ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di bawah panji penyatuan Melayu.

Wee turut memuatnaik gambar artikel tersebut, yang bertajuk “Lim calls Umno-PAS union a declaration of ‘war’ on non-Malays”.


Malaysiakini bagaimanapun sudah meminda tajuk berita tersebut, yang kini berbunyi “Lim warns Umno-PAS union will target non-Malays”. Frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pula menyifatkan Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk memperoleh kelebihan politik.


Kata beliau, Guan Eng seolah-olah terlupa bahawa DAP sendiri pernah bekerjasama dengan Pas sebelum ini melalui Pakatan Rakyat (PR).

“Dia (memberi kenyataan) mengikut kesesuaian dan mengikut (arah) mana yang dia boleh dapat kelebihan politik,” katanya ketika dihubungi. - UM

Umno-Pas isytihar perang terhadap bukan Melayu – Guan Eng Umno-Pas isytihar perang terhadap bukan Melayu – Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...