GILA: Tun M suruh minum satu sudu kelapa sawit setiap hari



Kuala Langat - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang pelik di mana beliau menyuruh agar semua rakyat Malaysia minum satu satu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen “Sayangi Sawitku”.

Beliau memberikan contoh satu negara yang tidak dinamakan yang populasinya 1 billion orang, jika mereka guna kelapa sawit satu camca setiap hari, negara Malaysia akan menikmati kekayaan.



“Kita harap, semua daripada kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari. Ada sebuah negara yang saya tak payah namakan, negara ini mempunyai penduduk seramai 1.4 billion. Kalau mereka boleh dipujuk guna kelapa sawit satu camca satu hari, kita akan terus menjadi kaya. Inilah harapan kita. “ dakwa Tun Mahathir mengikut logiknya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kempen Sayangi Sawitku di Ladang East Pulau Carey, Kuala Langat, semalam yang disiarkan secara langsung di TV1.



Turut hadir di program itu Menteri Industri Utama Teresa Kok, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar serta Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam ucapan beliau itu, perdana menteri turut mengkritik Eropah yang kerap memberikan persepsi negatif terhadap minyak sawit.



“Alasan mereka, minyak dihasilkan mereka tidak boleh lawan dengan kelapa sawit. Kita tanam sekali, 25 tahun boleh dapat hasil minyak sawit.

“Kalau tanam kacang soya, mereka terpaksa tanam tiap-tiap tahun untuk dapat hasil, dengan itu minyak sawit lebih murah dan lagi maju dalam pasaran.



“Untuk melawan (minyak sawit), inilah mereka buat cerita sudah tiada hutan dalam Malaysia, orang utan sudah tiada, harimau pun tiada di sini,”  – Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata perluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia dihentikan, sebaliknya beliau mencadangkan supaya penanaman alternatif seperti buluh digiatkan kerana  permintaan tinggi tanaman tersebut terutamanya di Jepun.



“Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan  penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang. Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. orang jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh”, kata Teresa Kok yang akhirnya dikritik oleh seluruh rakyat Malaysia. - TTKM/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : 'Lupakan kelapa sawit, tanam buluh' – Teresa Kok



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

GILA: Tun M suruh minum satu sudu kelapa sawit setiap hari GILA: Tun M suruh minum satu sudu kelapa sawit setiap hari Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...