Tuduhan Najib perompak, penyamun, IMDB sudah tak relevan – AMK Kedah


Fitnah lama dah tak berkesan. Kena cari fitnah baru la tu. Bawak2 la bertaubat dari kerja2 fitnah tu..

ALOR SETAR 3 Mac - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri menyifatkan serangan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang digelar sebagai perompak, penyamun serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sebelum ini sudah tidak relevan dalam membantu kemenangan gabungan berkenaan.

Sebaliknya ketuanya, Mohammed Firdaus Johari berpandangan kerajaan perlu segera berhenti memainkan isu berkenaan sebaliknya fokus untuk menunaikan janji manisfesto yang dilihat lebih penting dan dinanti-nantikan oleh rakyat.


Katanya, rakyat telah membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disebabkan isu tersebut dan sekarang biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menyiasat kes berkenaan seterusnya mengambil tindakan.
"Rakyat sekarang sudah tidak mahu dah dengar isu Najib penyamun, perompak apa... Sebaliknya rakyat hendak tahu apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan khususnya menunaikan janji manifesto.

Dalam masa sama, kita juga perlu memberi penerangan kepada rakyat mengenai pencapaian dan apa sedang dilakukan oleh kerajaan.
"Janji manisfesto itu juga penting, kalau tidak mampu laksanakan semua, buat sikit-sikit dan saya percaya rakyat akan memahami. Sebagai contoh tol, kalau kita tidak boleh hapuskan semua, berilah pengurangan yang akhirnya dapat dirasai oleh rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Selain itu, Mohammed Firdaus juga menggariskan beberapa faktor kekalahan PH dalam PRK Semenyih semalam yang antaranya adalah disebabkan sikap kebanyakan menteri sendiri yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah selain hanya bergantung kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, setiap menteri perlu memainkan peranan dengan segala keputusan perlu selari dan bukannya bercanggah antara satu sama lain.

"Selain itu, kita juga dapati maklumat mengenai dasar dan pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan lambat sampai ke peringkat akar umbi. Perkara itu perlu diberikan perhatian khususnya menyampaikan maklumat melalui media-media sosial yang dilihat kita masih ketinggalan," katanya.
Katanya lagi, meskipun pahit menerima kekalahan, namun PH perlu bermuhasabah dan segera membuat pembetulan bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

Kata Mohammed Firdaus, keputusan tersebut merupakan satu mesej yang jelas daripada rakyat buat PH untuk bersama mendengar isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam.
"Keputusan PRK Semenyih memberi gambaran tentang perasaan rakyat terutamanya sentimen yang disuarakan oleh masyarakat Melayu. Dalam proses demokrasi, kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan itu merupakan hak mereka," katanya.- UO

Tuduhan Najib perompak, penyamun, IMDB sudah tak relevan – AMK Kedah Tuduhan Najib perompak, penyamun, IMDB sudah tak relevan – AMK Kedah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...