TERKINI: Tony Pua dedahkan penjualan aset negara arahan Guan Eng



Ada yang tanya pihak mana yang memberi arahan untuk kerajaan semakin aktif menjual aset-aset mereka.

Sebenarnya, Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang juga penolong khas kepada Menteri Kewangan pernah mendedahkan ini pada bulan Oktober lalu.


"Anggota parlimen DAP itu juga menambah bahawa Kementerian Kewangan belum menetapkan sebarang sasaran bagi pelaksanaan itu, namun Khazanah dan PNB akan memaklumkan kementerian itu setelah apabila kedua-duanya sudah bersedia."

Perkataan "cair" ini lebih sedap didengar berbanding "jual". – Najib Razak




Tony Pua: Khazanah, PNB akan kaji semula dan 'cairkan' aset tak strategik

Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengkaji semula dan mencairkan beberapa "aset yang tidak strategik" sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua.

"Akan ada kajian semua (aset yang dimiliki GLC). Khazanah, yang merupakan salah satu pemegang saham terbesar dalam GLC, dan PNB akan mengkaji semula kepentingan mereka.


"Dan mungkin bagi pegangan bukan teras dan aset yang dianggap tidak strategik kepada kerajaan, aset-aset berkenaan akan diteliti jika kita boleh manfaatkan nilainya," katanya.

Bercakap sebagai panel di program Malaysia, A New Dawn di Kuala Lumpur hari ini, Pua menyatakan harapan agar sektor swasta akan membantu memastikan pelaksanaan rasionalisasi mencapai objektif.


"Kita akan bekerjasama dengan sektor swasta tentang bagaimana aset ini dapat dikorporatkan dan dicairkan secara tersusun.

"Kami harap dapat melakukan dua perkara - mewujudkan penyertaan yang lebih daripada sektor swasta dalam ekonomi negara, dan mengumpul banyak dana untuk kerajaan bayar hutang," katanya.


Ketika ditemui selepas program itu, Pua menjelaskan bahawa Khazanah dan PNB boleh menentukan aset yang mereka mahu cairkan.

"Aset-aset berkenaan di bawah mereka, jadi mereka berkuasa, mereka akan mendapat mandat dan putuskan tentang dasar," katanya kepada media.


Anggota parlimen DAP itu juga menambah bahawa Kementerian Kewangan belum menetapkan sebarang sasaran bagi pelaksanaan itu, namun Khazanah dan PNB akan memaklumkan kementerian itu setelah apabila kedua-duanya sudah bersedia.

Pua bagaimanapun menegaskan, dia tidak dapat mendedahkan butiran perbincangan yang sedang berlangsung dengan syarikat berkaitan kerajaan itu. - MK

Diterbitkan 9 Okt 2018, 8:41 malam | Dikemaskini 9 Okt 2018, 8:41 malam

TERKINI: Tony Pua dedahkan penjualan aset negara arahan Guan Eng TERKINI: Tony Pua dedahkan penjualan aset negara arahan Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...