TOKSIK: PH guna cybertroopers salahkan pihak istana, kata TMJ



JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu ahli politik kerajaan untuk berhenti memberikan alasan dan mula bekerja bagi mengatasi masalah pencemaran yang sedang berlaku di Pasir Gudang, sekarang.

Perkara itu berikutan dakwaan putera sulong Sultan Johor itu yang turut memaklumkan terdapat kimia beracun, Sianida di tubuh kebanyakan mangsa terjejas dalam insiden berkenaan.


“Masih nak berpolitik, masih nak gunakan cybertroopers, ada pula yang nak salahkan pihak istana, cukup-cukup lah berkempen.

“Ini adalah masa untuk bekerja dan menjadi kerajaan, bangun! orang ramai sedang menderita dan ada daripadanya tenat.


"Sianida ditemui pada tubuh kebanyakan mangsa dan ia adalah amat merbahaya,” katanya menerusi laman Twitternya, di sini, hari ini.

Dalam tweet berasingan, Tunku Ismail turut menzahirkan kekecewaan terhadap segelintir pihak yang tidak dapat membezakan keadaan pencemaran dan bencana alam lain.


“Menyedihkan bila ada segelintir pihak yang tidak boleh membezakan banjir dan pencemaran kimia, banjir kita boleh cari lokasi selamat tetapi pencemaran kimia boleh membawa maut.


















TOKSIK: PH guna cybertroopers salahkan pihak istana, kata TMJ TOKSIK: PH guna cybertroopers salahkan pihak istana, kata TMJ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...