Toksik: Penduduk kecewa PH tidak salur maklumat


KERAjaan PH tak bertanggungjawab. Penduduk tidak dimaklumkan ada sisa toksik merbahaya di kawasan kediaman hingga ramai yang sakit, 12 orang tenat terpaksa dimasukkan ke ICU.

PASIR GUDANG 14 Mac - Penduduk Taman Pasir Putih di sini kecewa dengan kerajaan negeri dalam menangani pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang berhampiran kediaman mereka.


Pengerusi Penaja Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam (BBPIPA) di Sungai Kim Kim, Muhammad Fauzi Rohani berkata, tiada langkah yang diambil untuk memberitahu penduduk.

Katanya, sejak insiden itu bermula pada 7 Mac lalu, penduduk tidak mendapat hebahan secukupnya berkenaan aktiviti dijalankan.


“Setakat ini, tidak ada komunikasi dua hala antara pihak berwajib dan penduduk dalam menerangkan keadaan bencana yang berlaku, langkah pencegahan serta pengawalan.

“Malahan, tiada penglibatan langsung penduduk sebagai pihak berkepentingan dalam isu ini sama ada melalui pemimpin masyarakat atau individu berkemahiran dalam isu terlibat,” ujarnya ketika ditemui di sini sebentar tadi.


Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim telah menjejaskan kehidupan harian penduduk sekitar Pasir Gudang sehingga memaksa kerajaan menutup kesemua 111 sekolah di kawasan ini.

Muhammad Fauzi berkata, pihaknya menyerahkan memorandum penduduk kepada pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bencana di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini kelmarin.


“Kami juga telah menyenaraikan sembilan saranan untuk perhatian pihak berkuasa antaranya menyediakan khidmat bantuan kewangan kepada mangsa terlibat, menyediakan khidmat klinik bergerak dan mengadakan taklimat kepada penduduk.

“Saranan lain termasuklah memaklumkan status semasa berhubung kerja pembersihan kepada penduduk dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebabkan berlakunya pencemaran ini,” ujarnya yang mahukan tindakan segera diamil. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]













































Toksik: Penduduk kecewa PH tidak salur maklumat Toksik: Penduduk kecewa PH tidak salur maklumat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...