Toksik: Pasir Gudang tidak selamat – Ahli Parlimen PH


Ahli Parlimen PH sendiri isytihar Pasir Gudang sudah tidak selamat tapi PM, TPM masih tak nak umum darurat. Jangan sampai ada yang mati atau terkena kesan sampingan yang kekal.

KUALA LUMPUR 14 Mac - Laporan mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang amat menakutkan atas beberapa faktor iaitu lebih 500 mangsa telah dimasukkan ke hospital.

Ketika membentangkan usul tergempar pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, sembilan daripadanya ditempatkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) serta 111 sekolah ditutup.


"Ini menunjukkan secara jelas bahawa pencemaran kimia toksik telah merebak luas bermula dari kawasan Pasir Gudang dalam Parlimen Tebrau, kini merebak ke kawasan Parlimen Pasir Gudang.

"Ini menjadikan seluruh kawasan Pasir Gudang kini terjejas dan tidak lagi selamat," katanya.


Beliau tidak mahu bencana itu mengulangi pencemaran kimia di Bhopal, India pada 20 tahun lalu yang meragut ribuan nyawa.

Usul itu dibenarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof selepas disokong Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).


Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai pencemaran toksik di Pasir Gudang pada pukul 4.30 petang ini.

Ini berikutan usul berkenaan memenuhi tiga kriteria iaitu menyentuh kepentingan ramai, perlu disegerakan dan melibatkan perkara tertentu. - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]













































Toksik: Pasir Gudang tidak selamat – Ahli Parlimen PH Toksik: Pasir Gudang tidak selamat – Ahli Parlimen PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...