TOKSIK: MB Johor kantoi memang sebut 'tutup pintu'



PASIR GUDANG – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk di kawasan perumahan di sini tidak terjejas dengan insiden pencemaran sisa toksik yang berlaku kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

Kenyataan itu dikeluarkan di dalam sidang media bersama wartawan ketika ditanya tentang keperluan untuk memindahkan penduduk di kawasan yang terjejas.


"Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah.

"Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari.


"Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah." jawab beliau dengan yakin di depan wartawan.

Kenyataan Osman ini menjadi tular dan menerima reaksi yang pelbagai dari netizen. Rata-rata menjadikannya sebagai bahan lawak yang mana menunjukkan jawapan dari menteri besar itu seolah-olah seperti orang yang tidak bersekolah.


Setelah teruk di-troll oleh netizen, hari ini Pejabat Menteri Besar Johor tampil menafikan berita yang tular itu.

"Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.


"Paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal. 

"Malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB menteri besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini," jelas kenyataan tersebut.


Menurut kenyataan itu lagi, penilaian yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunannya yang terbuka.

Manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.


"Rupa bentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupa bentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan daripada merebaknya pencemaran.

"Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal," jelas kenyataan tersebut.


Namun seteleh merujuk kembali rakaman video sidang media semalam, kenyataan itu memang benar diucapkan oleh Osman bahawa penduduk di kawasan perumahan itu tidak terjejas kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

Itulah akibatnya apabila menipu sijil. Kenyataan sendiri yang salah tapi menyalahkan orang lain, masih nak menipu tidak mahu mengaku salah. – AbuLeman


TOKSIK: MB Johor kantoi memang sebut 'tutup pintu' TOKSIK: MB Johor kantoi memang sebut 'tutup pintu' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...