HASUTAN: 'Tiada tindakan terhadap Guan Eng, percayalah' – Najib



LIPIS 8 Mac - Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggambarkan kerjasama Pas dan UMNO sebagai ' peingisytiharan perang' ke atas masyarakat bukan Melayu merupakan provokasi keterlaluan dan bersifat hasutan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun percaya pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan meskipun ia berunsur hasutan dan laporan polis dibuat oleh banyak pihak.


"Itu merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan memang boleh dianggap kenyataan provokasi yang keterlaluan.

"Tidak ada apa yang boleh dipertikaikan kerjasama UMNO dan Pas, kerjasama itu adalah untuk kebaikan penyatuan ummah dan kita juga bekerjasama dengan bukan Islam maknanya kita menjaga hak bukan Islam," katanya pada majlis Kenduri Sekampung di Perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - UO




















HASUTAN: 'Tiada tindakan terhadap Guan Eng, percayalah' – Najib HASUTAN: 'Tiada tindakan terhadap Guan Eng, percayalah' – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...