Tiada tarikh khusus letak jawatan – Mahathir


Mereka telah berkata saya hanya (perdana menteri) sementara dan akan ada orang lain yang akan mengambil alih. Saya fikir masanya mungkin lama sebelum pilihan raya umum akan datang

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau perdana menteri yang tidak mempunyai banyak masa lagi kerana mengambil kira usianya yang mencecah 93 tahun itu.


"Saya bertuah untuk hidup selama ini. Sebenarnya, saya tidak patut hidup lagi untuk menyaksikan apa yang berlaku terhadap pengganti saya tetapi saya bernasib baik kerana saya bukan sahaja tua tetapi masih berupaya berfungsi.

"Tapi saya sedar saya sangat tua dan tidak lama lagi saya akan kehilangan kudrat dan saya akan mati.


"Jadi, saya tergesa-gesa. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, tetapi saya hendak cepat kerana saya sedar saya sudah tidak ada banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat di negara ini," kata beliau dalam wawancara bersama Focus Malaysia.

Dr Mahathir juga maklum beliau cuma perdana menteri sementara dan menegaskan beliau bersedia melepaskan jawatan apabila tiba masanya.


Tarikh undur

Anggota parlimen Langkawi berkata beliau akan melakukan yang terbaik selagi menjalankan amanah sebagai perdana menteri.

"Jika saya diminta berundur, saya akan pergi kerana tiada tarikh khusus yang diberikan.


"Saya hanya diberitahu (PH sebelum PRU14) bahawa saya perdana menteri dari pakatan pembangkang, tetapi mereka tidak memperincikan tarikhnya (sehingga bila).

"Mereka telah berkata saya hanya (perdana menteri) sementara dan akan ada orang lain yang akan mengambil alih. Saya fikir masanya mungkin lama sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya dipetik sebagai berkata.


Tahun lalu, Dr Mahathir memimpin PH untuk menumbangkan BN yang memerintah Malaysia selama 61 tahun lalu sejak kemerdekaan.

Beliau menjadi pemimpin kerajaan yang paling tua di dunia.


Mahathir turut menolak kemungkinan berlaku rombakan kabinet walaupun mengeluh mengenai jemaah menterinya yang kurang pengalaman.

"Sekiranya saya menggugurkan dan menggantikan mereka, ia tidak membantu.


"Saya perlu mencuba dan bekerja dengan mereka supaya mereka menimba pengalaman dan saya percaya ada di kalangan mereka yang menjalankan kerja dengan bagus," jelasnya.

Menurutnya lagi jemaah menteri perlu menerima teguran dengan baik, khususnya jika mereka berterusan berkelakuan seperti pembangkang. - MK

Tiada tarikh khusus letak jawatan – Mahathir Tiada tarikh khusus letak jawatan – Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...