Lepas jual aset tiba-tiba kata TH berjaya diselamatkan? – Najib



Propaganda PH tentang Tabung Haji (TH) agak kelakar.

Bertahun-tahun mereka tuduh duit berbilion-bilion TH telah dirompak oleh BN dan TH dah bankrap. Akibatnya, ada pendeposit terperdaya dan hilang giliran menunaikan haji.


Propaganda mereka masa itu dan hingga sekarang ialah orang Melayu sendiri dari BN yang rosakkan TH.

Lepas tu, PH kata berbilion-bilion wang TH itu bukan dirompak oleh BN.

Tetapi kerana BN kejam sangat terlebih bayar Hibah kepada pendeposit TH selama 4 tahun.


Minggu lepas pula, tiba-tiba PH kata TH sudah berjaya diselamatkan. 

Sudah okay. 

Hanya selepas TH dipaksa jual aset RM20 bilion kepada syarikat Menteri Kewayangan , TH sudah okay.


Padahal, harga saham milik TH masih rendah akibat kejatuhan teruk selepas PRU14.

Tak ada pun satu berita bahawa pelaburan TH untung besar ataupun kerajaan terpaksa bail-out TH.


Tak sampai 9 bulan ambil alih kerajaan, TH tiba-tiba diisytihar sudah diselamatkan oleh PH walaupun PH tak buat apa-apa pun selain jual aset.

"Turn-around plan" mereka sudah berjaya.

Lawak apakah ini?


Adakah mereka nak kata pendeposit semua mudah diperbodohkan?

Mengaku sahajalah bahawa pada masa Kerajaan BN, TH dan umat Islam telah dijaga dengan baik - bukan seperti difitnah berterusan oleh PH.

Apa susahnya untuk mengaku?

#FitnahSudahMenang



Lepas jual aset tiba-tiba kata TH berjaya diselamatkan? – Najib Lepas jual aset tiba-tiba kata TH berjaya diselamatkan? – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...