TERKINI: KERAjaan PH Selangor tumbang



BANGI – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor boleh tumbang jika arah aliran dan kecenderungan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, berterusan, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

GPS adalah gerakan yang ditubuhkan pada Oktober 2017 atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan penunjuk arah untuk menghadapi Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Pengarah GPS, Mohamad Assiddiq Fauzan berkata, berdasarkan kajian lapangan GPS ketika kempen PRK Semenyih yang lalu, gerakan itu mendapati hanya 29 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH pada hari ini, manakala pengundi bukan Melayu pula berada pada tahap 79 peratus.

“Keputusan PRK Semenyih baru-baru ini telah membuktikan bahawa ketidakpuashatian orang Melayu/Bumiputera terhadap kerajaan PH ini konsisten dengan keputusan pilihan raya.


“Jika momentum dan trend pengundi di Semenyih disimulasikan ke kerusi-kerusi DUN Selangor yang lain, kerajaan PH boleh tumbang jika satu lawan satu iaitu calon PH lawan UMNO atau PAS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DUN Selangor mempunyai 55 kerusi dengan 49 dikuasai PH; 5 Barisan Nasional (BN); dan 1 PAS.


Menerusi simulasi yang dilakukan, GPS menyenaraikan 34 kerusi yang boleh dimenangi BN atau PAS, iaitu:

N1 – Sungai Air Tawar (Sekarang: BN);
N2 – Sabak (Sekarang: PH);
N3 – Sungai Panjang (Sekarang: BN);
N5 – Hulu Bernam (Sekarang: BN);


N7 – Batang Kali (Sekarang: PH);
N8 – Sungai Burong (Sekarang: BN);
N9 – Permatang (Sekarang: PH);
N10 – Bukit Melawati (Sekarang: PH);
N11 – Ijok (Sekarang: PH);


N12 – Jeram (Sekarang: PH);
N13 – Kuang (Sekarang: PH);
N15 – Taman Templer (Sekarang: PH);
N16 – Sungai Tua (Sekarang: PH);
N17 – Gombak Setia (Sekarang: PH);


N18 – Hulu Kelang (Sekarang: PH);
N20 – Lembah Jaya (Sekarang: PH);
N21 – Pandan Indah (Sekarang: PH);
N23 – Dusun Tua (Sekarang: PH);
N24 – Semenyih (Sekarang: BN);


N26 – Sungai Ramal (Sekarang: PH);
N29 – Seri Serdang (Sekarang: PH);
N33 – Taman Medan (Sekarang: PH);
N38 – Paya Jaras (Sekarang: PH);
N39 – Kota Damansara (Sekarang: PH);


N40 – Kota Anggerik (Sekarang: PH);
N41 – Batu Tiga (Sekarang: PH);
N42 – Meru (Sekarang: PH);
N43 – Sementa (Sekarang: PH);
N44 – Selat Klang (Sekarang: PH);


N46 – Pelabuhan Klang (Sekarang: PH);
N49 – Sungai Kandis (Sekarang: PH);
N51 – Sijangkang (Sekarang: PAS);
N53 – Morib (Sekarang: PH); dan
N55 – Dengkil (Sekarang: PH).

– IW



TERKINI: KERAjaan PH Selangor tumbang TERKINI: KERAjaan PH Selangor tumbang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...