Terkini: Hina Nabi: 'Alvin Chow' ditahan



KUALA LUMPUR 6 Mac - Polis menahan pemilik akaun Twitter, 'Alvin Chow' yang memuat naik status menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di Plaza Pudu, di sini petang tadi.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu.

“Dalam tangkapan berkenaan, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.



“Hasil siasatan mendapati suspek yang menetap di Danau Kota, Setapak mempunyai empat rekod jenayah lampau serta rekod dikehendaki polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor membuat laporan polis bagi menggesa ‘Alvin Chow’ disiasat kerana memuat naik status mencaci kesucian agama Islam dan menghina bangsa Melayu.



Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam mendedahkan pihaknya telah memulakan gerakan memburu individu berkenaan bagi membantu siasatan. - UO



Alvin Chow bergambar bermesra dengam Ahli Parlimen Wangsa Maju (PH-PKR) Dr Tan Yee Kew

Terkini: Hina Nabi: 'Alvin Chow' ditahan Terkini: Hina Nabi: 'Alvin Chow' ditahan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...