Tengking-tengking tu normal, kata pengerusi Felcra


Ingatkan COO je gila, pengerusi pun sama. Kalau yang kena tengking tu bapak kau pun normal ke?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felcra, Mohd Nageeb Abdul Wahab hari ini mempertahankan tindakan Ketua Pegawai Operasinya (COO), Khairi Mahamor menengking pekerja ladang sawit dengan menyifatkannya lumrah dalam industri perladangan.

“Kalau anda biasa kerja di ladang, ini (tengking) normal. Mungkin cara dia tidak sesuai dengan penerimaan (masyarakat) sekarang, tetapi kita tidak mengatakan bahawa kita betul.



“Pada saya, perkara ini tidak serius. Mungkin dia terlalu ghairah untuk membuat perubahan sehingga terlepas. Tidak ada perkataan lucah dikeluarkan, kami akan menyelesaikannya,” katanya dalam sidang media di Wisma Felcra hari ini.

Dalam satu klip video selama 1.03 minit yang berlatar belakangkan ladang sawit, Khairi dilihat menjelaskan penggunaan semula beg baja, sebelum meninggikan suaranya.



“Kamu semua nak ambil jalan mudah, semua nak ikut orang. Orang cakap apa, ikut saja, tak pernah nak lawan. Terangkan, bukan duduk ‘office’,” katanya dalam nada tinggi.

“Kalau tong racun itu kamu basuh, ikut peratusan dia, kami boleh pakai balik, apatah lagi beg baja. Apa dosa dia? Tong racun kalau cuci boleh pakai, apatah lagi beg baja,” katanya memarahi kakitangan Felcra dan pekerja ladang milik anak syarikat kerajaan itu.



Felcra kemudian menjelaskan di Twitternya, kejadian itu berlaku ketika sesi latihan di ladang sempena siri kembara di Felcra Berhad Projek Kampung Serambi di Pekan, Pahang, 2 Mac lalu.

Nageeb berkata, pihaknya akan membawa isu itu ke mesyuarat lembaga pengarah esok.



“Tindakan selanjutnya akan dipertimbangkan dan keputusan juga akan dibuat secara dalaman.” - FMT

ARTIKEL BERKAITAN : Video COO Felcra tengking, mahu sebat guna pelepah sawit tular






[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



COO Felcra tengking dan seakan-akan mahu sebat kakitangannya menggunakan pelepah sawit


Tindakan biadab COO menggunakan kepala kakitangan sebagai model untuk dijadikan contoh penyediaan tanaman

Tengking-tengking tu normal, kata pengerusi Felcra Tengking-tengking tu normal, kata pengerusi Felcra Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...