'Suruh sain tapi tak bagi baca', KERAjaan P. Pinang cuba tipu penduduk PPR



Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dihalau keluar dari rumah hari ini tampil mendedahkan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menipu dan tidak telus ketika membenarkan mereka pulang ke rumah.

Media melaporkan kerajaan negeri telah memberi kebenaran untuk penduduk itu pulang ke rumah selama tiga hari namun tidak menyatakan samada perlu keluar dari rumah selepas tempoh itu tamat.



Seramai empat orang penduduk yang terdiri dari kaum wanita dipanggil naik ke pejabat kerajaan negeri untuk menandatangani satu dokumen kebenaran untuk masuk ke rumah mereka.

Namun penduduk mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila pihak kerajaan negeri memaksa mereka menandatangani beberapa helaian kertas tetapi tidak membenarkan mereka membaca isi kandungan yang ditulis itu.



"Dia suruh saya sain tapi dia selak ja surat tu. Saya nak baca dia tak bagi," dedah salah seorang penduduk yang hampir ditipu.

Empat penduduk itu juga tidak dibenarkan mengambil gambar helaian kertas yang perlu ditandatangani itu.



Salah seorang membuat keputusan untuk menelefon seorang peguam yang membantu di dalam hal itu dan menasihatkan agar tidak menandatangani apa-apa dokumen jika tidak dibenarkan membacanya.

Nampaknya pihak kerajaan negeri telah membuat kesilapan besar dengan cuba menipu penduduk PPR. Walaupun penduduk PPR itu miskin dan tidak berharta tapi tidak bermakna mereka semua adalah bodoh dan mudah ditipu. – AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]



ARTIKEL BERKAITAN :

[LIVE] Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang

Fakta PPR Taman Manggis yang PH sorok dari rakyat

[LIVE] Set Pol PM hadir selesaikan masalah penduduk PPR yang dihalau

TERKINI: Set Pol PM lari ketakutan dari penduduk PPR

[Live] Hari ke-3, penduduk PPR dihalau masih tak dihiraukan pemimpin PH

Pengusiran penduduk PPR tak sah, kata peguam

'Suruh sain tapi tak bagi baca', KERAjaan P. Pinang cuba tipu penduduk PPR 'Suruh sain tapi tak bagi baca', KERAjaan P. Pinang cuba tipu penduduk PPR Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...