TERKINI: Sultan perkenan melantik MB Johor baharu



Osman Sapian sudah hampir pasti digantikan dengan MB yang baharu berikutan pentadbirannya yang amat lemah di samping terpalit dengan pelbagai kontroversi peribadi.

Yang terkini ialah skandal pembelian banglo bernilai jutaan ringgit yang dibeli secara tunai sebagai hadiah buat isteri ketiga beliau yang menimbulkan persoalan isu salah guna kuasa dan rasuah.


Sebelum ini, semua pihak mengkritik keras tindakan beliau kerana tidak sensitif meninggalkan krisis pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang semata-mata untuk lawatan kerja di Batam yang tidak penting.

Prestasi buruk Osman Sapian sebagai Menteri Besar bukan sahaja menjadi liabiliti kepada Jemaah Exco Kerajaan Negeri, malah telah menjadi beban ke atas Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Johor.


Rata-rata rakyat negeri ini, penjawat awam dan para netizen sendiri telah menzahirkan secara terang-terangan betapa Osman Sapian perlu disingkirkan segara dan perkara ini sudah pun sampai ke pengetahuan DYMM Tuanku Sultan Johor.

Justeru itu,khabar angin menyatakan bahawa setiap parti komponen dalam kerajaan negeri dari PPBM, PKR, Amanah dan DAP perlu menghantar sekurang-kurangnya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu.


Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor mempunyai budi bicara penuh untuk memperkenankan mana-mana individu sebagai Menteri Besar Johor.

Adalah diharapkan Pakatan Harapan dapat mencalonkan individu yang lebih berwibawa bagi menjawat jawatan Menteri Besar kerana sudah pasti DYMM Tuanku Sultan Johor akan menitahkan pertukaran Menteri Besar yang baharu sekali lagi jika ia mengulangi kesilapan dan ditolak rakyat negeri ini.


Harus diingatkan bahawa sekiranya calon yang seterusnya ini masih lagi mengulangi kesilapan atau tidak lagi mendapat perkenan DYMM Tunku Sultan, atau sekiranya DYMM Tuanku Sultan telah hilang kepercayaan kepada kerajaan sedia ada, Baginda mempunyai bidang kuasa untuk membubarkan kerajaan negeri dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu melalui proses pilihanraya. - JohorPress



Penulis, Natasya Azmi merupakan Belia Rakyat Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

TERKINI: Sultan perkenan melantik MB Johor baharu TERKINI: Sultan perkenan melantik MB Johor baharu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...