Sultan Johor rancang buka pasar raya harga murah


PH janji nak turunkan harga barang tapi tak tunai, terpaksalah Sultan Johor ke depan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merancang untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama sebuah pasar raya besar di Johor.


Sultan Ibrahim pada hantaran terbaru di Facebook bertitah pasar raya tersebut akan menjual barang keperluan pada harga lebih rendah.

“Pasar raya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.


“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah baginda kepada Royal Press Office hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan baginda dalam tempoh terdekat.


Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook itu, Sultan Ibrahim kini berada di Timur Tengah atas lawatan peribadi dan turut memikirkan keperluan rakyatnya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan Projek Rumah Impian Bangsa Johor. - MK













Sultan Johor rancang buka pasar raya harga murah Sultan Johor rancang buka pasar raya harga murah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 29, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...