Sultan Johor murka difitnah terlibat isu pencemaran toksik



SULTAN IBRAHIM MURKA ADA PIHAK SEBAR FITNAH ISU PENCEMARAN SISA KIMIA

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka terhadap pihak tertentu yang menyebarkan fitnah kononnya Baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Pasir Gudang.


Baginda Tuanku Sultan mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka, sebaliknya tumpu kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas.

"Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.


"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini. Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terlibat dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan Institusi Diraja Johor," titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini (17 Mac).

DYMM Sultan Johor bertitah Baginda juga mengikuti perkembangan insiden pencemaran sisa kimia itu dari semasa ke semasa serta kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pihak berkuasa.



ARTIKEL BERKAITAN :

Sultan Johor murka difitnah terlibat isu pencemaran toksik Sultan Johor murka difitnah terlibat isu pencemaran toksik Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...