Subsidi haji akan dikurangkan – Mujahid



Kanda, kanda....

Sejak jadi Menteri ini apa dia dah buat? Saya senaraikan 3 pencapaian dia.

i. Tulis surat kepada Nurul Izzah.
ii. Jual aset TH.
iii. Naikkan caj umrah.



Kalau itu saja kekanda buat kat ofis, saya rasa tak payah lah.

Buang bogheh, bazir duit rakyat.

Rakyat benci. - Najib Razak




Bulan lepas, Menteri jaga agama tuduh kita fitnah apabila kita tanya mengapa subsidi Haji dikurangkan.

Kali ini, kita rakam dan simpan video kekanda supaya dia tidak tuduh kita lagi apabila subsidi Haji dikurangkan atau dihapuskan pada masa hadapan di bawah kerajaan PH.



Dalam tempoh 9 tahun saya PM, pihak Tabung Haji telah memohon sebanyak 3 kali untuk naikkan caj Haji kepada Jemaah tetapi tidak sekalipun saya membenarkan.

Kerajaan BN semasa saya PM tidak lupa bahawa matlamat utama Tabung Haji adalah untuk memudahkan segala urusan Haji rakyat Malaysia.



Ini patut menjadi keutamaan.

PH ambil alih sahaja, terus mahu potong subsidi dan naikkan kos Haji. - Najib Razak





KERAjaan akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, konsep berkenaan akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada TH.


“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.

“TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripada sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu tindakan sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji.


Mujahid berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

“Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920, maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja.


“Tidak naik, tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu berkaitan kuota haji yang diterima iaitu pakej muassasah kurang menyebabkan penggiliran lebih lama, Mujahid berkata, kuota Malaysia ialah 30,200 orang


“Dalam pembahagian, kita akan tumpukan lebih kepada pakej muassasah kerana layak mendapat bantuan subsidi daripada TH manakala pakej swasta, bayaran lebih tinggi,” katanya. - HM

Berbelit-belit KERAjaan PH ni. Sekejap subsidi kekal, sekejap nak kurang, sekejap nak hapus. Jahanam kepentingan umat Islam diurus puak-puak ni.



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Subsidi haji akan dikurangkan – Mujahid Subsidi haji akan dikurangkan – Mujahid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on March 20, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...